Jam

Monday, May 18, 2009

Lama lama sekali jengok blog nie

Salam semua kengkawan baik yang main radio (HAMS) atau yang kayuh basikal/gerek bukit he he he.....la nie lama-lama sekali dapat jengok blog nie. maklumlah bila dah keje sendiri kalau dok banyak main miss soru la brother. Dulu boleh la bohong pi bohong mai cukup bulan pi tepuk dinding rimau pun mengaum, lega.......Di kawasan DUN PARIT ni dengar-dengar YB nak buat even kayuh 30hb mei nie. Nanti kena confirm dengan C/Insp Kamarul dulu dan 23hb & 24hb dengar cite kawan-kawan kita nak pi kayuh di Kebun Bunga Betong (huiii Betong tuu lama tak pii sana)kengkawan SIT dok ajak pi, tapi semalam masa kayuh dengan Tuan Somsak,Tuan kamarul,Tuan Prapat & En Zaudi sekali Tuan Somsak dah buh racun sampai Tuan Kamarul jadi terkedu kejap he he he (kami saja tau). Tapi tak pa insyaallah harap dapat joint kengkawan disana. So untuk kawan-kawan semua Selamat berDXing dan selamat berPaddling.

Tuesday, April 7, 2009

Sekadar Jengok sekejap

Salam buat semua rakanx radio, rakanx sepengayuh. Dapat jengok sekejap blog ni, lama gak tak updatekan. Agak sibuk dengan urusan kerja kalau bahasa radio kata qrl dengan urusan salt mine. Event yang mendatang (1) merbok (2) Nibung Tebal. SIT (Sri Iskandar Team) event yang confirm Nibung Tebal. SIT juga sedang buat survy route untuk off road next event (Bila ha ??????) Tunggu....... !!!!!!. Kayuhan rakan cop tempohari gak besttt.Terima kasih utk rakanx IPD Perak Tengah (DSP Somsak, C/Insp Kamarul, C/Insp Aris shah, C/Insp Prapat, C/Insp Malik dan anggotax Perak Tengah yang berkayuh dan yang terlibat secara langsung atau tak langsung, tahun depan buat lagi kali ni lembu lak! rakanx bawak lori lak)

Saturday, February 14, 2009

Kayuhan Rakan Cop IPD Perak Tengah

Kami mewakili rakanx kayuhan Sri Iskandar Team (SIT) menjemput semua rakanx kayuhan diseluruh pelusuk tanah air untuk samax memeriahkan "Kayuhan Rakan Cop IPD Perak Tengah". Sila layari blog http://krcsi09.blogspot.com/.so apalagi tunggu moh kite.

Thursday, February 5, 2009

Pergerakan Pengayuh Perak (nihh confirm punya)

Semua pengayuhx Perak dikehendaki berkumpul diPPD Ipoh (dekat sek anderson) jam 0800H.Kenderaan bantuan akan bergerak ke Sabak Bernam untuk sessi menyambut ketibaan rakanx dari selangor (JMT Sabak Bernam 1200H). Kepada rakanx yang tidak sempat akan berkumpul di Karlie Castle (JMT 1700H). Standby di 9M4RKV.

Sunday, February 1, 2009

Sambutan Rakanx Kayuhan Gaya Hidup Sihat Negeri Selangor

Rakan-rakan Kayuhan "Gaya Hidup Sihat" Negeri Selangor Darul Ehsan ke Ipoh pada 7/2/09 dijangka tiba ke Teluk Intan sekitar jam 1300H. Pergerakan rakan-rakan kayuhan dari Negeri Perak adalah seperti berikut :

1) Berkumpul di Hotel Majesty Ipoh jam : 1000H
2) Bergerak ke tempat menunggu (R/V) di Restoran Batu 5 Teluk Intan (berhampiran SEMESTI/Sumber Samudera Yard) Teluk Intan jam :1030H
3) Kenderaan untuk membawa basikal / pengayuh diuruskan (bantuan dari 9W2OCD).

Monday, January 12, 2009

Kayuhan Sg. Itek Gopeng (Ihsan Toki Manjung)


Terima kasih untuk organizer Bro Zamrady, Bro Chris & Bro Dave (ex Diving officer aku), Tracker Pak Abu Otai and the gang.Banyak pengajaran dan pelajaran yang dapat hasil dari kayuhan kali ini.

Sunday, January 11, 2009

Pembetulan Tarikh Kayuhan Rakan COP

Tarikh dibaca 21hb March 2009. Kesilapan amat dikesali. Kesemua rakanx adalah dijemput untuk memeriahkan acara. Terima Kasih